Tuesday, February 24, 2009

bow dough

Pernah tak, masa kecik dulu, bila kita dapat baki duit kita dari pekedai, kita ucapkan 'thank you' instead of 'terima kasih' terus kena ejek balik oleh pekedai tu?

Bukan nak puji the merits yang kita beradab, masih ucap terima kasih dan pada masa yang sama, sudah mula berusaha mempraktikkan bahasa kedua yang dipelajari dengan yakin walaupun masih begitu muda. Kutuk lagi... every time!

Now that I am older, how I wish ke government had made it compulsory to learn a third or fourth language, preferably local, sort of like the syllabus used by international schools. Wouldn't it have been wonderful if everyone can read, write and speak everybody else's language as well as a native speaker? How it would have been for me today, if I had been made to learn all these wonderfully diverse languages?

An excerpt from her comment;

"Aku cuma sedih sebab bahasa tu tak salah apa pun...pemikiran mereka je yang salah mengintepretasi. Kita nak bahasa dia, masalahnya kita adopt and adapt sekali budaya mereka yang salah tu dan menghukum pada bahasanya. Bahasa tiada kena mengena dengan jati diri...it is within oneself. Bahasa melambangkan bangsa tapi mempelajari bahasa lain bukan bererti kita juga bertukar menjadi bangsa lain. Kalau tengok budak yang rosak akhlak tu, bukan semua pandai English pun...takde kena mengena!"

My thoughts exactly, no one else could have said it better.

While we are at it, think of all the technologies that originated from the so-called negara penjajah, which includes the political blueprint and education system and all the technological breakthroughs and advances. Now, imagine having to give up everything.

Kita kan Melayu? Melayu jati mana boleh guna teknologi barat? Jangan belajar bahasa mereka tu. Jahat. Penjajah! Budaya tak elok. Simpang malaikat 44!

I don't claim to know everything, but this has got me to thinking, kalau orang-orang bodoh ni berpendapat dengan mempelajari bahasa tersebut menjadikan kita manusia tak bermaruah, do you think that it is also fair to assume that the thousands of English teachers who are teaching the language within our education system in all levels of education, consists of people with loose morals?

Can anyone explain to me in minute details whether these epidemics; Mat Rempit Junior / Mat Rempit / Bohsia / Bohjan / buang anak kat tong sampah is in anyway associated to the colorful culture of the Westerns that we know today?

Hakikatnya, masih ramai lagi orang Melayu yang miskin, menyalah ertikan sunnah Rasul dalam hal harta duniawi dan akhirat ni, so kena keep on scraping a life each day sampai ada yang abaikan the importance of love and attention kepada anak-anak kecil yang sedang membesar dalam jagaan mereka. While I am not saying semua Malay parents are like that, I can't deny the fact yang bilangannya yang buat macam tu agak ramai, kerana from what I see today, it is obvious to me that the number yang mengabaikan anak-anak dalam ertikata perhatian dan didikan (tak payah cakap hal agamalah; just assume I am talking about didikan dalam hal kasih sayang, perhatian ibu bapa dan nilai-nilai murni) is quite a huge one berdasarkan bilangan remaja Melayu yang rosak akhlak.

Sebagai contoh paling mudah, bukan berniat mengutuk mereka yang tinggal di flat, tak semua yang macam ni, tapi ini apa yang saya sendiri perhatikan.

A flat is like a huge bee hive where everyone assumes that everyone is taking care of the young. Tapi hakikatnya, iya ke, macam tu?

Balik kerja, tentulah letih, kepala pun selerak, seselerak rumah yang sempit tu. So, lebih tenang kalau anak-anak tukang semak rumah tu keluar berkawan sementara kita berkemas dan later on boleh rehat tanpa jeritan hiruk-pikuk anak-anak.

Bila ditanya, mana Nurul (a 10 year old girl) ni, dah kul 10 tak balik umah ni?
Ada tu, kat umah kawan dia mana-mana.

Dalam hati aku, confidentnya mak dia. Biar betul.

Baru 10 dah takde curfew, ingat kalau dia dah 15, 16, 17 time remaja dah mula miang, gatal etc and a phase where they start to experiment on everything, rasanya nak ke lagi dengar cakap mak bapak pasal curfew ni?

Learn the language, adopt the technology and know how for the good of our country. Itu saja. Sebagai ibu bapa, didik anak pasal akhlak la. Nilai-nilai murni. Bukan semua ilmu tu dipalajari di sekolah or melalui leteran. Most of the time, nilai-nilai murni is better taught through example, bila anak-anak observe, their sponge-like nature will readily absorb everything; good or bad. Tapi masalahnya kalau banyak bad dari goodnya, macamana budak-budak kecik ni nak grow up into level-headed adults? The parents pun mereng...

Back to the issue at hand, selepas pelaburan berjumpah jutaan ringgit untuk make sure that wawasan yang satu ni will take off from the drawing board, why sacrifice the possibilities in the advancement of the nation just so one selfish bastard (or a group of of his cronies as well) can feel good about himself for abolishing something as valuable? Kenapa orang yang sepatutnya memperjuangkan dan menegakkan wawasan ni nak back down? Tak nak make a stand? No passion for it? Hello, all these teachers dah pergi training apa bagai, how about OUR passion?

Granted it is taking more time than planned tapi bukankah semua perubahan tu mengambil masa? Regardless whether it is a good or a bad change, it takes time. Just make a stand. Especially in this case, the intended impact will take an especially long time to materialize, especially dengan semua pembangkang idea ni terus buat serangan bertubi-tubi.

Please, stay your ground, masa depan negara kita dan anak-anak kita depends on it.

So here we are, bakal mengorbankan PPSMI over kepincangan ibu bapa dalam melaksanakan their fundamental responsibilities?

The audacity of our people... not shocking at all, tapi amat menyedihkan.

Anda sangka orang Melayu saja yang ada masalah kalau tak pandai bahasa ini? Di sini saya ada satu cerita untuk dikongsi bersama.

Pada suatu hari, ketika saya menghabiskan waktu cuti sekolah pada hujung tahun lepas, saya telah membawa kereta adik saya ke sebuah bengkel membaiki kereta untuk memperbaiki sistem penghawa dingin kenderaan milik adik saya itu. Dalam memerhatikan salah seorang mekaniknya bekerja, saya telah memulakan perbualan dengannya.

Me : Ah Chai, dari mana belajar skill baiki kereta ni?
Him : Dari Birmingham (atau mana-mana bandar di UK)
Me : Jauhnya awak belajar baiki kereta. Betul ke ni?
Him : Betullah, kak...
Me : Ada institusi khas ke, kalau nak belajar baiki kereta kat sana?
Him : Tidaklah, saya pergi sana mau study di universiti sebenarnya.
Me : Oh... eh... habis belajar ke tidak?
Him : Tak habis.
Me : Eh, lu apasal tak habis belajar? Ruginya! Siapa biaya awak pergi belajar tu?
Him : Parents saya.
Me : Chai, kenapa tak habis belajar?
Him : Macamana saya mau habis belajar, kak? Cakap Melayu pun saya tak
pandai, inikan pulak suruh belajar di UK tu, terang-terang saya tak pandai
English.
Me : Oh... Is that why you dropped out of school and kerja di bengkel?
Him : Yeah la..
Me : Di sana lagi best pendapatannya kan?
Him : Ye, tapi mak bapak saya suruh balik, saya baliklah.
Me : Good boy lah you, Ah Chai...


Seriously, dari cerita dia sendiri aku tau dia pun kecewa juga. Tapi begitulah harapan ibu bapa terhadap anak-anak. Sanggup menghabiskan wang beribu untuk memastikan anak-anak dapat ilmu dari sebuah university asing. Tapi anak tu sendiri mengakui, kerana kelemahan dalam bahasa tersebut, dia terpaksa melupakan impiannya.

Oleh yang demikian, para ibu bapa harus sedar, tak kira sebagus mana pun institusi tersebut, anak anda harus menguasai bahasa mereka agar dia tidak ketinggalan dan jadi korban akan kelemahan diri sendiri.

Kita sendiri tahu, universiti tempatan tak mampu menampung semua bijak pandai lulusan SPM kita. Kita memang secara terangan memberi lebih peluang kepada bumiputera, memaksa kebanyakan yang selebihnya mencuba nasib di luar negara. Bukan tanggungjawab negarakah, untuk sekurang-kurangnya memastikan anak-anak ini menguasai bahasa penjajah itu supaya mereka yang tidak kita bantu ni juga ada peluang untuk 'survive' di sana?

Just because penggerak Bahasa Ibunda kita tak mampu membuat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dicintai oleh semua bangsa di tanahair kita, janganlah kita dibutakan kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Aku Melayu, aku bangga jadi Melayu. Baik buruk bangsa aku, bangsa lain pun ada juga kekurangannya. Cuma aku kecewa PhD syndrome masih belum dapat dikikis dari genetic blueprint orang kita.

Tidak hilang Melayu di dunia, kaedahnya... Kalau terus macam ni, korang rasa berapa lama lagilah kita akan dapat bertahan sebagai bangsa berdaulat?

No comments: