Thursday, October 25, 2007

well again

By the time I post this entry, I would be at home, showered, cleaned and dressed in something comfortable and probably tengah menjalar in my living room.

Tapi masa I taip ni, memang I am in my office.

Apa nak komplen hari ni? Opisku panas.

Kenapa panas? Sebab ada masalah wiring, so bila je aku onkan ac ku inniew, ianya akan mengakibatkan seluruh Bangunan Pentadbiran ini mengalami back-out. Dah beberapa kali berlaku, aku tak sanggup buat lagi sebab nanti habis pulak rosak komputer-komputer dalam bangunan ni gara-gara aku tak tahan panas.

Waran tiket ke Miri dah Ara siapkan. Tunggu nak pergi ambil je petang ni. Huhuhu. Dan aku pun dah semakin pulih daripada penyakit kali ini. Thanks to the steroids I am on at the moment. I wonder if it does anything to my energy levels, because it is doing wonders. Hari ni dengan suara serak-serak seksi-meksi dek hidung tersumbat dah batuk keterlaluan, aku dapat lagi menghamput beberapa orang budak lelaki yang tak reti nak keep their shirts tucked in. And aku sempat cari budak escape kat area kedai. Dapat sorang. Lagi tiga aku akan bunuh esok. Come on, when I said bunuh, takkan you all sangka I will literally kill them with my bare hands. When I said bunuh, it is just a hyperbole yang menunjukkan bahawa aku akan kerjakan mereka cukup-cukup bila mereka datang ke sekolah nanti. Kalau bukan aku yang nak meleterkan mereka ke jalan kebenaran, siapa lagi? Memang la Guru Disiplin punya kerja, tapi kalau Guru Disiplin buat senyum kambing je bila aku bukak cerita pelaksanaan disiplin kat sekolah ni, takkan aku nak biarkan je pulak, kan? Aku turun padang la sesekali.

Lagipun dah dekat dengan waktu cuti penggal ke-tiga ni, aku tak salahkan sesiapa kalau orang dah masuk mood cuti. Korang pun jangan salahkan mereka tau? Sebab kalau korang menghadap kerenah 500 orang pelajar yang pelbagai yang kebanyakkannya menyakitkan kepala selama lebih 250 hari persekolahan setiap tahun, korang pun akan rasa macam tu bila dah dekat time nak cuti panjang; sebab masa tu korang dapat menumpukan perhatian kepada keluarga tercinta, orang tersayang, percutian di destinasi idaman, minat dan hobi yang telah lama terkandas atau sekadar bermalas-malasan di rumah... apa saja yang dapat menjadi terapi untuk menyediakan diri untuk menghadapi tahun persekolahan yang seterusnya.

Aku? Kalau bercuti, banyak masa aku habiskan di rumah je. Dengan ibu, adik dan anak angkat tu. Hujung minggu, meriahlah sikit sebab ada abang balik bawak family dia, dan anak-anak buah aku lagi 2 orang tu memang tengah ligat buat nakal. Kalau ada masa aku bawa mak and adik jalan-jalan ke luar. Tapi banyak masanya, adik aku yang sibuk ajak berjalan sebab waktu cuti dia bukan ikut time Malaysia. So sesekali dapat bercuti, memang dialah yang beriya-iya mengajak aku pergi ke mana-mana. Kawan-kawan ada mengajak. Tapi selalu aku beri alasan macam-macam sebab malas nak berdress up dan keluar berpoya-poya dengan mereka sedangkan mata ni sebenarnya asyik nak tidur kat rumah je. Wahahahaha... aku memang kai tido. Kalau takde aktiviti nak meninggalkan rumah tu, takdenya aku nak berinisiatif sendiri nak pergi mana-mananya deh. Adakah aku kera sumbang? Maybe.

Padahalnya aku memang rindu kat kengkawan U dulu. Tapi aku rapat dengan sesetengahnya je. Tapi dengan mereka pun aku susah sangat nak bersua muka. Maklumlah, semuanya dah berkerjaya. Dan aku rasa hanya aku je yang masih jadi cikgu sekolah. Yang lain dah jadi pensyarah, penolong pengarah, ahli perniagaan dan sebagainya. Aku tak iri. Aku suka jadi cikgu, kan banyak cuti? Huahahaha... tapi bila difikirkan soalan cepu mas yang bakal disoal, seperti ”What’s new...?” Takkan aku nak dok jawab, ”Same old, same old?” manjang. Sebab memang takdek perbendernya yang aku nak ceritakan pung. Takkan aku nak buat-buat cerita lak, kan?

Tapi masa Bella ajak tu memang tak berapa sihat la. Lagipun masa tu masih di Tampin, kat umah uncle. By the time sampai kat rumah, aku dah tenat. Nak lunch date kehapanya, kan? Nak menyebar germs je jawabnya kalau aku menggatal kata nak nak nak.

Takpa, cuti sekolah penggal ke-tiga, aku dah diberi lampu hijau untuk cuti lebih lama dari tahun lepas oleh Pengetua. So, insyaAllah, I will make a better effort at catching up with me friends, especially J dan Bella. Aku rindu kat J, dah lama tak jumpa dia and menganyam ketupat dengan dia, bak kata Bella. Kalau aku jumpa Bella, aku nak bualkan tentang apa? Her circle of friends is totally different from mine. And frankly speaking, kalau ye la jumpa si Bella ni, dialah manusia kedua yang aku jumpa face-to-face yang mulanya kenal di internet. Kuno sangat ke aku? Well, let’s just say that I go to the internet for different reasons than she did. Oh my! Seswatu sangat! Ramai yang ajak jumpa. Tapi kebanyakkannya creepy je. So aku malas entertain ajakan berbau danger macam tu. Jadi takdelah berjumpa dengan sesiapa pung dari internet selama ini. Mak selamat, jiwa pun tenteram. Hiks!

Gigihnya aku berentry hari ni. Apsal ek? Adakah steroid ini yang telah membuatkan aku begini atau aku memang dah bebetul sihat? Apa-apa pun aku sangat gumbira hari ini sebab I am definitely feeling way better than I did on Monday. No, I am not whining. I am writing these things about me being sick, so that one day when I read these entries again, I would know that I am indeed not invincible, the way I feel most of the time when I am healthy.


Hes hes hes.


2 comments:

Anonymous said...

hahaha... u r not the only only still having to reply the same old same old answer to people asking "how's life".

Narcissca Ariadne Alvarez said...

Heya Nat!

Glad you finally got here. Yeah, well I am not averse to answering these questions, it just gets tiresome after a while. And I am really afraid that one of these days I might just mengamuk over something silly as that. Huhuhuhu....

Thanks for stopping by!