Sunday, August 16, 2009

iswara, perdana, ria, kancil

I realize that I have a very late response on things. My synapses are not transmitting the signals ke apa ke? I have no idea why.

Anyway, I changed cars. From one Proton to another Proton. Before you gasp and pant and ask me stupid questions, lemme tell you, SUKA HATI AKU LA NAK BELI APA DENGAN DUIT TITIK PELUH AKU.

Clear tak? Crystal, I hope.

A Waja would be too bulky and masculine. In my honest opinion. Persona tampak lebih lady-like pada aku. And eventhough you can say that a Persona is simply an elongated Gen2, do I look like I am bothered by that fact? The thing is, I like the way it looks and that's all there is to it.

However, it's a manual transmission. If you know me, I am a proud to say that I prefer the manual transmission for some reasons yang aku je faham. So no need to jelaskan di sini. Masa fikir-fikir nak amik manual ke auto, dealer tu dengan smoothnya berkata; "Dah tiba la usianya akak menmandu kereta auto ni..." Aku tak la kecik ati dengan perkataan 'usia' tu sebab aku tau sangat aku ni dah kertu. Tapi, rasa macam betul jugalah, why don't I give it a try. Dulu aku takut nak memanjakan diri dan mengambil auto supaya aku tak susah kalau ada apa-apa hal yang memaksa aku drive manual. Now, aku dah totally proven it to myself that I am perfectly capable of driving a manual. So apa salahnya, berani melakukan perubahan.

My brother pun cakap, okay what... auto transmission ni. Keta aku ok je. Dalam ati, ko nyer Hond@ @ccord. 2.0. Mana tak OKnya. OK seksangatnya lah... Aku bimbang. Aku pandai drive auto. Tapi tah la, macam ada doubts je. Tapi dalam kebimbangan aku tu, macam biasa, the devil may care spirit akan tell me, have a go at it, baru la tau cemana.

So aku amik la Person@ H-Line Auto Transmission. Sayang dia tak CPS, tapi okaylah kut, IAFM. Aku tak la berapa arif sangat hal-hal enjin ni, so nantilah aku study balik apa kebendanya .. or you can read it yourself here.

Anyway, Jumaat, July 17th, aku dengan berat hatinya, telah pergi menghantar kereta lama ku, the ever trustworthy Iswara Limited Edition yang tidak pernha menghampakan aku tu kepada dealer. Dia nak hantar kat used car dealership. Nak jual kan. Bukan nak bagi free, okay?

On the way, tiap kali aku nak potong kereta lain, aku tekan satu butang. Cikgu Yin tanya, "Butang apa tu kak?" Aku selamba je jawab, "Nitrous." Terburai dia gelak. Apa taknya... butang aircond tu aku cover kata butang NOS. Manalah nak terdaya, kete 1.3 nak dipecut laju dengan penumpang penuh. Bukan dema yang berat, dia yang tak berapa nak larat. Tapi tekan minyak, tetap tekan....

Petang tu, sampai ke KK, aku pergi cuci dulu kereta tu. Aku sayang dia. Sampai bila-bila pun aku tak dapat explain kenapa aku tukar kereta lain sedangkan aku sangat sayangkan dia. Aku boleh simpan dia and simply beli je the next car, so I have two cars. Tapi when I thought about it, apa ke jadahnya? Kahwin tak, kereta ada dua. What would I be trying to prove. And all the while, aku dah terlanjur mendealkan jual beli kereta baru tu. Cuma, lately kereta lama tu ada problem sana sini. Bukan salah dia. Aku yang kasar sangat dan tak pernah memanjakan dia walaupun dia adalah antara teman yang paling setia dalam aku susah dan senang. I would like to think, dalam usia dia yang dah makin meningkat, biarlah dia dapat tuan yang dapat menyayangi dan memanjakan dia. Lagipun, aku tinggal jauh dari keluarga dan kurang pengetahuan tentang penjagaan kereta. Biarlah aku beli kereta baru, daripada menyusahkan kawan tiap kali kereta tu buat hal. Oh ye... dia ada buat hal. Tapi takpelah. Tak ada yang sampai membawa bahaya kepada nyawa aku atau kawan-kawan yang tumpang aku.

Sambil cuci, aku check in hotel, and then aku pergi Nokia service centre untuk upgrade 5800. Tah hapa aku dah buat kat dia. Lepas kena worm hari tu, macam-macam dia buat. Lepas upgrade, baru aku teringat, banyak messages yang aku sayang hilang. Takpe. Takkan mati nye der....

Aku jalan balik ke carwash, picked up my car and drove to the dealership, Suhaimi the dealer tu dah tunggu dalam kedai. Kami naik ke pejabat settlekan apa lagi documents yang belum sign. And aku bayar balance downpayment. RM330 saja.

Dia kata malam ni simpan kat basement carpark sebab dealer used care tu datang amik on Monday. Dalam hati, aku terbayang je dia dok parked at the lot all miserable, cold and lonely for three days. Since I don't know where it is, I gave the key to him so he could drive it to the parking lot. I sat in the passenger seat next to him. All the while trying to keep myself upbeat for fear of shedding tears depan mamat tu. Tu bukan masa nak buat drama overload. Sampai kat bawah situ, which was right underneath the dealership, all I could manage was to have him take two last photos with it. And I didn't shed any tears.

I went upstairs and after I said goodbye to him, I walked back to the hotel. Malam tu aku ingat nak tengok movie. Tapi I was a little depressed. I was probably waiting for the delayed response of sadness and loss. It never came. So I went to sleep. The next day, aku tumpang cikgu Yin from Mer@pok yang tumpang aku semalam. The day before, as always, yang tumpang aku, Mimi, Yin and his wife Su and his little boy Q@wwim. So the car was pretty much full. Which was a good thing. I didn't want to be alone with the car and cry my eyes out all the way to KK. I would have been a bad mess when I get to KK if that was the case and would have probably scared the dealer guy.

Anyway, aku tumpang Yin balik sebab the day before tu, dia tumpang aku cuz nak pick up dia punya Perd@na yang telah dihantar untuk tukar gearboxnya. RM4k gak kena. Dia kata, terduduk jugalah. Kalau aku terpengsan je terus.

First time dok kat belakang jadi penumpang dalam Perd@na. Takde lah feeling-feeling Ma'am. Tapi seingat aku, semenjak aku ada lesen, tak pernah aku dok jadi pessenjer. Aku lah designated drivernya.

Agaknya Yin segan ke dengan aku, sampai dia kata, "Sorry la kak, saya memang drive macam ni..." " Apa la ko nak minta maaf ni Yin, aku dapat tumpang ko balik ni pun dah syukur sangat. Drive la cemana pun ko nak, kereta ko, kan?"

Susah juga jadi perempuan yang ada notorious reputation as a suicidal driver dalam town yang kecik ni. Semua orang kenal dan tahu sampai bila tumpang orang pun orang boleh nak minta maaf kat aku. Choy...!

Tetiba sampai kat Put@tan, kereta dia berasap. Adoi.... apa la pulak ... dia drive masuk ke bengkel kat tepi Gi@nt Put@tan tu. Bila mechanic dia datang dari kedai yang dia tukar gearbox tu, check apa semua ok katanya.... kami pergi makan pizza then teruskan perjalanan. Sampai kat Kimanis, dia berasap lagi dan terus tak masuk gear. Maka kami pun tersadai la kat M@sjid Kim@nis. Dari kul 1.30pm sampai 6.30pm sebab tunggu mechanic dari KK tak sampai-sampai sedangkan cikgu kawan Yin tu dari Mer@pok dah sampai, nak amik kami.

Kami naik la N@za Ri@ cikgu tu. Tak tahulah kenapa, maybe sebab aku ada reputation kat Law@s ni as a crazy lady driver, maybe lah kan... kalau tak, kira aku perasanlah ni, tapi dia ada comment to me yang I won't be driving macam the way I used to drive when I get the auto transmission car. I know. I pasrah je. Dia drive punyalah laju MPV dia tu .Tak kira jalan rata ke, tak ke, luas ke sempit ke. Aku rasa macam dok dalam washing machine kena banting sana sini, and not in a luxurious MPV. Last-last aku pakai seatbelt just so aku tak tercampak terhantuk ke siling MPV tu.

Aku bersyukur dapat menumpang rezekinya, tapi dalam hal ini, tak perlulah memprove a point, sebab aku tahu kau pun handal driving punya. Lelaki mana kat dunia ni yang tak handal driving, mana ada lelaki yang boleh kalah dengan perempuan dalam hal driving ni... Kan kan kan? Jangan bunuh kami.....! Serious aku takut masa dia driving. Maybe dia nak cepat sampai cuz masa tu dah senja pun. Am I wrong? Setahu aku, yelah MPV tu powerful. Tapi the power is not exactly for high speeds, but more for the ability to transport heavy loads. Manoueverability pun tak sama dengan sedan. Aku salah ke? Anyone?

Tapi dalam pada aku mengumpat dia dalam hati, aku syukur kami selamat sampai. Tak pernah pun terdetik yang kami akan ditimpa kecelakaan. Cuma gaya pemanduannya tidak menitikberatkan keselesaan penumpang yang duduk jauh di belakang, yang kemungkinan cedera di kepala jika tercampak memandangkan suspension MPV tu sangat menganjal. Mimi la yang paling kesian sebab dia yang dok belakang sekali. Aku dok belakang driver pun dah senak perut. Ni kan pulak dia. Nasib baik la Mimi tu budak baik.

Sampai kat Mer@pok, cikgu Yin offer hantar aku ke Lawas. Kami naik dulu ke umah dia. baik betul dia. Dia bagi minum and then kami turun ke K@ncil dia. Perdana dah kena tow balik ke KK. Tinggallah K@ncil yang setia.

Sampai di Lawas, dia ajak makan dulu sebelum hantar aku balik. So kami berlima dari petang semalam, makan malam pulak malam ni. Kesian Yin. Harap kereta dia cepat sembuh.

Itulah, riwayat Iswara, Perdana, Ria dan Kancil dalam satu hari. Takdelah yang fabu or extraordinary.... Tapi jarang la dalam hidup aku yang bosan ni, bertukar-tukar kereta sampai empat kali in one day.

Minggu tu aku tumpang kak Liza ke sekolah. Then, Khamis, aku drive Kenari dia. Aku dengan confidentnya telah mendrive keretanya masa balik dari sekolah. Dia adala kat situ dengan aku. Yang peliknya, mungkin kerana gaya pemanduan aku yang berbeza tu kah, tetiba, lepas berenti depan M@ybank, dia tak mau start lagi. Augh!!!

Puas la tolak dengan si Zukri dengan Azmin yang kebetulan ada kat bank juga masa tu. Tak juga mau start. Panggil Cyril, dia panggil mekanik. Mekanik kata ada started problem which is a standard for all Perodu@ models. Hmm... aku rasa sangat bersalah sebab telah menjahanamkan kereta kak Liza dan menyusahkan dia.

Esoknya kak Liza drive Viv@ mak dia. Kami, tumpang Boss la pulak. Hais.... benci betul hidup menumpang.

Dari Jumaat tu aku cakap kat Suhaimi, pleaselah, kalau boleh aku nak kereta tu by next Friday. Dia kata tak jamin, tapi by the looks of things, there should not be any problem. Berdebar-debar aku, sebab aku tak nak tumpang orang ke sekolah lama-lama. Lagipun Linda tenga pregnant. Kesian la kena tumpang orang sana sini. Tambahan pulak aku dah menyusahkan kak Liza secara tak sengaja. So Rabu aku called to see how things are on his end. Dia again answered the same. Aku fahamlah.... mana ada orang boleh confident janji yang bukan-bukan. But I think he realizes my desperation and was working hard to get the paperwork done by the following Friday.

So when I called him again Friday morning, dia kata; "Aaa... baru je aku nak call. Petang ni ko boleh datang ambil." Alhamdulillah.....

That day July 24th, aku ingat nak pergi KK naik bas je, sebab aku tak berapa suka nak minta-minta tolong orang dalam hal-hal kehidupan aku sebab aku rasa akan membebankan orang. Tapi menjelang tengahari, adalah seorang colleague aku, namanya Monica yang nak pergi ke KK petang tu ke rumah auntie dia di sana. Majorie dengan baiknya telah memohon kerjasama Monica untuk membolehkan aku menumpang dia ke KK. Majorie awal lagi nak ikut ke KK petang tu sebab boleh jalan-jalan sambil temankan aku drive balik nanti. Aku sangat happy sebab aku tak payah naik bas.

Sampai umah, sementara tunggu Monica, aku sempat tidur, because the night before, aku tak lewat tido. Tak lunch pun sebab tumpang orang balik tu, aku segan nak singgah sana sini menapao. Tengah aku terlena, aku terjaga bila dengar suara Majorie panggil nama aku. Aku bangun, terus capai beg, dengan baju kurung pergi sekolah pagi tadi, aku terus turun and pergi umah Monica kat ujung sana.

Sempat aku amik jack untuk tukar tayar in case ada apa-apa berlaku dalam perjalanan balik nanti. Sampai kat umah Monica, sambil letak jack dalam bonet tu sempat aku mengomel, "Ngantuk betul..." Mon terdengar, dia tanya, "Akak nak segarkan badan?" Sambil hulur kunci kereta. Ler... Suruh aku drive la tue!

Takpe. Aku memang suka drive pun. Tersangat suka. Sedar-sedar, dah sampai kat KK. Her her her.

So Mon dropped aku dengan Majorie kat dealership tu dan dia terus ke rumah auntie dia. Masa aku turun kereta, aku jadi terperasan sekejap sebab ada a bunch of mamat cumils duduk kat restoren sebelah dealership tu yang memandang ke arah kami. Aku ni cam guni beras je, for sure la diorang bukan pandang sebab aku lawa kan? And for sure la diorang dok nengok Majorie yang lawa mawa tu. Aku pun segan nak negok diorang lama-lama, so aku buat-buat tak perasan je. Walaupun aku sebenarnya ada feeling-feeling celeb... bet. Sebab pakai sunglasses besar. Muehehehe....

Suhaimi pun bergegas datang ke arah kami, dan terus bawa aku turun ke basement amik kereta untuk take us to the car warehouse. Masa nak turun tu, dia unjukkan kat budak-budak cumils tu, bebudak tu senyum kat weols. Ler, kawan-kawan dia rupanya and dia pun bergegas dari arah diorang tadi rupanya. Sibuk benar amik barang dalam bonet, aku tak sedar dari mana dia muncul.

Sampai kat warehouse tu, kami pergilah tengok kereta tu. Purple... Tak pernah termimpi pun nak drive a purple car. Aubergine... Well, it's Blueberry Tea, actually. Ah.... there is always a first time for everything. Dia pun get busy memasang itu ini. Kami pun busy membuka plastik apa bagai. I don't like driving a car with the plastics still on, OK? Orang lain pun mampu juga beli kereta baru. Bukan awak sorang je, so what would I be trying to prove driving the car with the plastics still on?

Tetiba, N called. Bengong. By the way, I have totally move on. Aku dah tak ada walau setitis kasih pun untuk dia. Sebab, dia 'terlupa' to include the fact that he has been remarried when he first met me. The bastard. Just because aku tinggal jauh dari Kuching, doesn't mean aku tak akan dapat tahu the truth. Tapi tiga tahun jugalah kan, aku tell myself to be patient and get rid of my paranoia. Manalah aku ni tak cemburu buta dibuatnya? Aku takut kecewa. Yet, here I am. Kecewa yet again. I'm not devastated though. There had never been fireworks pun with him. It just fizzled out. That's all.

Lepas aku jawab ala kadar, we hung up.

Pasang navigator apa semua, pasang road tax, pasang plate number, letak carpet. And busy snapping photos of the new car and Suhaimi yang naik berpeluh melayan kerenah kami berdua. It was fun. He's a fun and patient guy lah. Bagus jadi dealer.

I dreaded the moment that he finishes pasang itu ini. Feels like I will lose a friend. Entahla, aku ni cepat betul sayang kan orang. Bukan sayang yang macam tu. Sayang kawan. Sebab he is a lovable person pun. Senang deal dengan dia.

Lepas tu dia bagitau, aku terbayar lebih. Dia pulangkan RM110 lagi. Which makes balance downpayment aku cuma RM220 jer....

So we said our goodbyes, we got in the car and drove away. Aku sedih lagi. Rasa macam meninggalkan adik lelaki yang aku tak pernah ada. Sebab dia debab jugak. Baik lak tu. Takpelah, ada rezeki, kita jumpa lagi, ye dik?

Kami singgah kejap di CP, Majorie cari beg. Sambil tu abang Lan called. He's so nice. Sejak kenal dia, hari-hari he called. So sweet of him. Lepas tu, sebab dah menggeletar, baru aku teringat aku belum lunch, kami makan dia KR di basement. Sedapnya ayam... nasi... potato salad... green salad dan coke.

Kul 7.30 pm baru meninggalkan bandar KK. Memandangkan aku terpaksa memandu pada kelajuan 80kmph, mana nak sampai border in time. Lewat lah 15 minit. Takpe... Bukan kunci pun, buka gate sendiri and tulis nama kat guard. Esok baru stamp buku pass.

Sampai umah, Majorie tumpang tidur. Dah lewat dia nak balik ke sekolah.

Esok pagi, aku hantar Linda balik bersalin, ke airport. KK. Hahaha... kalau ko kata aku gila, maybe la aku gila. Kami balik malam tu juga. Ahad, lepas breakfast, kami pergi Sipitang. Amik Mimi. Dengan Lini and Zai, kami terus ke KK lagi. Wahahahahaha! Ye! Aku memang gila!!!

Well, sebenarnya aku saja je nak run in kereta. Sampai abang Lan marah le... sorry bang. I am notty. Banes pun marah. Dia kata aku Teksi. Well, kalau you all tau betapa aku suka driving, baru you all faham.

Rabu the following week, aku terpaksa pergi ke KK lagi untuk first service. First service within 5 days of owning the brand new car. Bagus tak aku? Kenapa Rabu? Cuz weekend tu kami ada kem motivasi, dan aku adalah ajk disiplin dan keselamatan. Mana bleh tinggal kem.

Apa-apa pun, itulah cerita aku dan Person@ ku. Tak tahulah apa nama aku nak bagi dia. Yang penting, number lama tetap abadi. Kereta lama aku, numbernya dah jadi SAA1046Y. Kalau orang KK ada nampak kereta Iswara Limited Edition Silver, dengan plate number itu, dialah bekas kekasih yang setia menemaniku selama 6 tahun.

Suhaimi the dealer dah berlepas ke KL minggu lepas, memulakan chapter baru dalam hidup dia sebagai pembantu undang-undang. Semoga berjaya, dik.

As for me, this is a new chapter in my life too. Begins with a new car and moving back to KL and possibly becoming my family's burden again. Let's hope not.

Nanti nak apply pindah balik ke Selangor supaya dapat bersama keluarga tercinta semula. Harap kepulanganku nanti membawa kebaikan dan bukan keburukan. Maklum, aku kan macam ni adanya. Jangan asyik buat ibu marah je nanti.

Doakan yang baik-baik saja. Amin....



1 comment:

Anatel Ameen said...

wah...ada keta baru la....
nanti aku poskan borang masuk lembaga sebab aku pun baru je masuk ofis arini selepas berpusing2 merata dan cuti sesuka hati