Wednesday, November 7, 2007

change

It's not wishful thinking. It's not denial. It is simply, positive thinking. And I don't see why I should worry myself over something I have no control.

Now that is out of my system, I wanna merepek some more.

Hari ini sepatutnya hari ke empat aku puasa. Tapi, aku started having my periods. Most people would say bummer. Dah separuh hari! Tapi aku tak terasa apa pun. Aku ajak kengkawan pergi kantin and belanja mereka makan lagi.

I just miss the detox sensation I had during Ramadhan; the light-headed clarity of everything. And I also can get some pahala doing it to boot. But then, it is not meant to be. Tak apalah kan? Lagipun nak mula awal pun kali ni, I had been on medication for close to three weeks. There is not much I could do about that.

Hmm...

Satu perkara yang bermain di fikiran aku... mesyuarat guru yang akan diadakan esok. Dengan hubungan yang kurang baik antara aku dan sebahagian guru di sekolah ini ketika ini, aku agak berat untuk hadir. Tapi, aku tak pernah tak hadir mesyuarat tanpa sebab kukuh sebelum ini, seperti out station, and I am not planning to start now.

The thing is, aku bukan tak nak pergi mesyuarat. I have no problem with that. Tapi aku rasa apa yang akan diumumkan esok akan menambahkan kekeruhan keadaan. Aku pasti ramai yang akan tidak bersetuju dengan keputusan Pengetua jika dia buat keputusan untuk meneruskan rombakan jawatan pengurusan untuk tahun hadapan.

Aku dah menolak seawal bulan puasa yang lalu. Tapi bila Pengetua sukar mencari pengganti dan Kak L berkeras ingin meneruskan rancangannya, aku tersepit antara rasa tanggungjawab terhadap kawan, ketua, dan perasaan takut akan ketidakmampuanku untuk memikul tanggungjawab yang sebegitu besar.

Aku tak boleh terus merasa takut akan kegagalan. Aku tak boleh terus bersedih dengan keadaan yang sedang berlaku antara aku dan mereka. Aku pasti perkara ini boleh diselesaikan dengan masa dan usaha yang lebih dari aku. Aku pasti boleh melakukannya dengan bimbingan Kak L dan Pengetua.

Tapi aku kena belajar untuk lebih banyak bersabar, untuk tidak terlalu lancang bila bersuara, untuk lebih pandai berdiplomasi dengan kakitangan bawah jagaanku. Untuk mengorbankan sebahagian besar egoku, if I really want to make this work. After all, an excellent leader does not simply lead, they command admiration as well. Takkan aku nak terus-terusan dengan sikap panas baran aku je. Mereka bukan sekadar manusia biasa, mereka adalah rakan sejawatan yang sewajarnya aku hormati dan hargai. I am not a leader yet, but if I am planning to get there, I will have to start learning how to do it properly now.

I will re-read N's leadership books. Shackelton's Way is an excellent book. But my retaining ability is close to nothing. Cemano nak sambung Master's Degree nieh???

Namun keputusan muktamad masih di tangan Pengetua. Dia nampak lega bila aku bersetuju tadi, demi kegembiraan Kak L dan kesenangan Pengetua. Tapi keputusan Kak L hanya akan kami dapat tahu pagi esok. Sama ada dia betul-betul akan melepaskan jawatan ini untuk mengambil jawatan lain atau akan bertahan setahun lagi sebelum Pengetua bersara, itu semua di tangan Kak L dan Pengetua. Terlalu banyak yang aku perlu lakukan untuk unit aku yang belum aku lunaskan. Tapi kalau dah tiba masanya, aku terpaksa lepaskan juga, tapi aku tetap akan membimbing penggantiku.

Aku tak gembira menerimanya. Tapi demi melihat sejauh mana kemampuan aku dalam bidang ini, I am ready to take this on. I am only 31. I will need a lot of help.

Kita tengoklah nanti macamana esok. Apa pun keputusannya, aku tetap akan berusaha untuk memperbaiki diri dan keadaan. Aku tak mau jadi penyebab pecah-belahnya rakan-rakan sekerja atas kesilapan dan kelemahan diri aku sebagai manusia.

Tapi, aku dah berada di sini semenjak tahun 1999. Rasanya everything was great between me and everyone else. Tapi tahun ni segala masalah bermula sebaik dia keluar dari rumah kami. Is it really 100% my fault, atau ada manusia yang amat tak berpuas hati dengan apa yang berlaku antara kami yang mula melakukan sesuatu di belakangku?

You be the judge.

But I will do everything in my power to work things out and be a better person, friend, co-worker, woman, daughter, sister, everything.

Ya Rahman, Ya Rahim, give me the strength to overcome this obstacle in my life.


No comments: