Surat kepada kawan yang akan terrrrjadi bini no dua.
Assalamualaikum.
Aku cuba jawab yang terbaik aku mampu.
1. Sentiasa ingat, kita menumpang kasih suami orang. Dulu 100% kasih sayang dia dengan isteri pertama, sekarang dia bahagi2kan dengan kita. Kalau ada terlebih, terkurang, kalau boleh diabaikan, abaikan je. Jangan biar makan diri dari dalam. Dengki mendengki mmg takde tempat dalam hidup bermadu.
2. Bila ko dengki lama2 ko akan nampak semakin buruk di mata suami ko tu. Ingat, dia sayang isteri pertama dulu sebelum tahu kewujudan manusia bernama engkau. First love seseorang lelaki takkan lupa sampai mati. Inikan pula isteri pertama. Jadikan kedudukan ko sebagai yang kedua ni sebagai suatu perubahan positif yang dinanti2kan oleh dia. Suatu kelainan. Suatu pertambahan kasih sayang sedia ada dalam rumahtanggga yang dia telah bina sebelum bertemu dgn ko.
3. Kasih sayang lelaki tak dibahagi2 macam kasih sayang perempuan. Pelik... tapi itulah hakikat. Kasih sayang dia untuk ko sama banyak dengan bini pertama di awal perkahwinan ni. Kalau lebih sikit kat ko pun sebab ko bini baru. Yang baru satu hari nanti akan jadi lama. Cuma pastikan, semakin lama, semakin banyak sebab dia nak makin sayang kan ko. Bukan sebaliknya.
4. Jangan cemburu keterlaluan. Kalau cemburu pun cuba tenangkan perasaan dan jangan confront serta-merta. Ingat, Iblis dah bersumpah nak sesatkan anak2 Adam dengan apa ua cara sekalipun. Kalau tak boleh kawal cemburu, jangan terlalu memerhatikan kemesraan mereka. Buat kerja lain. Mak yourself happy. Stick to your daily routine untuk alih pemikiran ko dari fikirkan benda tah hapa2 yang diorang buat berdua. Dia sayang dua2, jangan bagi dia sebab nak kurangkan sayang dia pada ko. Ko tetap no 2 tak kira besar mana pun DIVA ko. Kalau ko Diva la....
5. Keadilan tak semestinya berlaku serta-merta. Kalau hari ni dia belikan #1 hp. Mungkin 2 bulan lagi baru dia dapat belikan #2 hp. Sabar. Bagi dia masa dan ruang untuk buktikan dia suami yang baik. Jangan simpan sangsi banyak sangat. Tiada ruang untuk itu dalam hidup bermadu.
6. Dia manusia biasa. Kalau dia buat silap, tegur dengan baik. Isteri boleh nasihat tapi tak boleh paksa suami ikut cakap kita. Masak sedap2, urut2, picit2... lepas tu baru cakap... sayang... bla bla bla ...itupun dengan suara manja dan penuh rayuan. Bukan terjerit2 macam orang meroyan kena sawan. Itu sangat tak comel dan tak seksi.
7. Lelaki tak suka perempuan cemburu buta, mulut petir+neraka, pemalas, tak pandai berhias, tak memuja suami, tak jaga keperluan suami dan anak2, perempuan cakap tak serupa bikin, mementingkan diri sendiri, zalim, tiada simpati dan empati, kedekut, tak pandai masak, busuk hati. Semua yang tak elok tu la. Mazmumah.
8. Apa jua yang dia lakukan kepada kita, fikirkan apa puncanya. Jangan salahkan dia semata2 kerana manusia memang tak suka disinggung. Cari punca penolakannya dan perbaiki ia supaya tak melarat jadi masalah lebih besar.
9. Jadikan kesilapan dalam rumahtangga sebelumnya sebagai pengajaran dan batu sempadan. JAngan ulangi lagi walau sekali. beza manusia baik dan manusia jahat ialah yang baik elajar dari kesilapan dan bertaubat dan tidak mengulangi kejahatan lalu.
10. Jangan segan2 mempamerkan kemesraan kamu berdua kepada anak-anak di rumah supaya anak-anak terdidik cara sebenar melayan pasangan yang dinikahi secara sah. Bukan gopren yang diangkut ke sana ke mari secara haram. Jangan jadi pasangan kuno jaman dulu2.
Komunikasi? ZERO. Bini? ABDI. Laki? BOSS.
Do not perpetuate the mistakes of our uninformed predecessors when it comes to relationships of the married kind.
11. La Tahzan. Allah sentiasa bersama kita.
Percayalah, cinta hanya akan mengkaburkan matanya sekejap cuma. Ikhlas, jujur, teluslah mengasihi dia. Kalau bukan hari ini dia dapat balas, doakan agar sauatu hari nanti, dia akan nampak dan terasa nikmat tak terhingga dikasihi wanita seperti diri kamu, maka dia rasa terpanggil untuk membalas kasih sayang itu berlipat kali ganda lagi. Tapi, berikan dia masa. Doakan dia. Mahu tak mahu, kita terima hakikat, macamana kita menduga dia, dia juga menguji kita dengan cara dia yang tersendiri. Ikhlas, sabar, redha dan tawakkal.... serahkan segalanya kepada Allah. Percayalah, Allah tak aniaya hambaNya.
Ingat, kalau apa yang ada di rumah lebih hebat dari apa yang ada di luar, buat apa lelaki baik yang waras nak terus mencari makan di luar. Ikhtiarkan agar kesihatan kewanitaan kita sentiasa terpelihara. Melabur sikit untuk beli supplement utama, multivitamin lengkap (aku cadangkan Double X dari Amway) untuk kekal cergas bertenaga, Omega 3, 5 dan 8, Jamu Susuk Dara untuk menjamin kehangatan intim berpanjangan (kalau seks tak penting kenapa rumah urut dan pelacuran berleluasa), banyak2 membaca, dari segi ilmu rumahtangga hinggalah ilmu masakan dan keibubapaan.
Solat 5 waktu jangan sesekali tinggal. Layan Allah secara first class, maka, kita pun dapat layan first class dari Allah.
Ingat, Allah maha pengasih dan maha penyayang. Segala yang baik dan buruk yang berlaku adalah ujian. Adakah bahagia buat kau leka, atau derita buat kau lupa.
Suami aku duda anak dua. Masa kami nikah dia masih duda. Aku yang suruh dia rujuk semula sebab anak dia dengan orang tu ada 2. Mak dia dah 40. Kalau mak dia kawen dengan lelaki jahat, aku takut anak dara dia pulak kena kerjakan. Aku tak nak kerana aku tamak kasih sayang suami aku, anak saudara sesama Islam jadi bohsia. Tamak dan hasad dengki buangkan jauh2 ke laut. OK?
Tapi last2 dalam banyak kurang dan pincangnya aku, berkat doa orang teraniaya (memang aku teraniaya) akhirnya terserlahlah siapa diri sebenar jandanya tu. Siap dia sendiri tengok dengan mata kepala dia. Maka rumah tak jadi buat, kereta diambil, anak lelaki umur 7 tahun dia bawak balik. Janda dia saman, kami pergi court, anak dia pilih nak ikut kami. Allah maha adil.... keadilannya tak berlaku sehari dua. Dua tahun setengah aku terseksa nak selamatkan dia kunun, sampai niat baik aku makan diri tau? Last2 Allah tak izinkan juga.
Aku tetap satu2nya isteri dia buat masa ni, dan kalau dia nak tambah lagi, boleh, tapi aku nak balik KL. Aku pun tak nak share sebab aku tahu suami aku bukan suami mithali dan aku dah terima hakikat ini. Daripada menyeksa diri dan dia yangaku kasihi, baik aku undur diri. Kat KL lagi ramai kumbang. Bujang? Laki orang? Pilih je! Cewah!
Aku boleh on/off perasaan macam suis lampu. Jangan jadi macam aku. Kesian laki ko kalau dia betul2 ikhlas nak sayang and jaga ko.
Sentiasa senyum, Sentiasa bersolek (ringan, naik seri je, bukan buat opera cina) Pakaian kemas dan menarik, sentiasa wangiiiiii... jangan ada bau kari dan hamis. Ew! Wanita mesti jadi bidadari dunia dia. Dan jadilah sumber inspirasi buat dia jadi manusia yang ingin jadi lebih baik demi diri ko dan anak2. Lelaki ni simple je. Dua je benda kena jaga tip top; LAPAR NASI DAN LAPAR PUSSY. Yang lain2 tu orang gaji boleh buat. Ko jaga body ko je. Kalau tak pandai bercakap macam aku (uiyo!) jangan membebel. Lelaki BENCI perempuan membebel. Daripada duduk rumah bini baru yang garang macam singa beranak kecik, baik aku balik rumah bini tua yang sentimental dan tau selera aku. Betul tak?
Jadilah manusia/isteri yang dia perlu. Bukan yang dia nak. Kalau nak, esok lusa mungkin dia tak nak dah. Kalau perlu, sampai mati tak boleh tidak.
Ingat, no 2 tetap no 2. Jangan berangan nak jadi ratu hati dia sorang2. Tumpang kasih suami orang.... kena sedar diri sangat2 dan sentiasa pastikan diri TIP TOP. Kalau apa yang ko ada lagoi teruk dari apa yang bini #1 ada, wat apa dia nak kawen dengan ko? Right?
Lelaki... jangan ingat mereka tu gagah mereka tak manja. Kadang2 lelaki terlebih2 manja dari isteri sampai isteri yang tak faham, anggap lelaki ni selfish. Sebenarnya mereka tak tahu macamana nak minta dimanjakan, sebab tak logik lelaki gagah ni manja, dan kita wanitalah yang patutnya dimanjakan. Bertuah la kalau ko dapat lelaki gentlemen. Tapi kebanyakkan yang aku tengok, lelaki Malaysia ni salah didikan emak bapak pun banyak.... dah terbalik. Penuhi segala keperluan dia; makan, pakai, zahir, batin.
Kenapa anak lelaki rapat dengan emaknya sampai mati? Sebab emaknyalah sumber kasih sayang tak bersyarat yang pertama dalam hidupnya. Bersedialah untuk jadi hebat seakan-akan ibunya kalau ko mahu kasih sayang yang sama dari dia.
Jangan jadi hipokrit. Depan dia lain, belakang dia lain. Kalau dia tak nampak pun orang boleh cerita kat dia.
Banyaaaaak benda kena ko korbankan. Itu sebab perempuan isteri solehah senaaaaaang sangat nak masuk syurga. Sebab banyak sangat dia korbankan untuk manusia bernama suami demi meraih keredhaan Ilahi.
Setakat ni je tazkirah rumahtangga semanis gula nira kita petang ni. Apa lagi ko nak tanya? Kut aku terlupa apa2 tanya je lah. Any time.
Yang elok dari Allah.
Yang buruk dari aku.
Wallahualambissawab.
No comments:
Post a Comment